Thursday, February 18, 2010

INI PUKULAN MAUT UNTUK ORANG YANG GUNA NAMA NABI - Kalau bodoh, jangan la tnjuk kita bodoh

Minah ini sedang berarak, bukan sedang membeli arak



Maulidur Rasul: Tiada perarakan di Johor, Pahang, Perlis


Johor, Pahang dan Perlis tidak akan mengadakan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini, umumnya kerana ia tidak dituntut oleh Islam.

Di Pahang, negeri itu hanya akan mengadakan satu ceramah di auditorium RTM Kuantan, tanpa perarakan besar seperti yang diadakan beberapa tahun lalu, kata pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, Datuk Abdul Manan Abdul Rahman.

"Kita tidak buat perarakan, tapi sambutan dalam bentuk ceramah sahaja. Seingat saya kita cuma pernah adakan perarakan sekali saja pada tahun 2008, yang lain lebih banyak kita adakan ceramah," kata Abdul Manan ketika dihubungi.

Jelasnya, keputusan untuk tidak mengadakan perarakan Maulidur Rasul tahun ini diambil setelah mengambil kira keselesaan orang ramai yang akan hadir dan tidak melibatkan hukum ke atas penganjuran perarakan.

TERUSKAN BACA DI MALAYSIAKINI - Copy pnjng2 nti org mls baca





iNI DARI HARAKAHDAILY:



Melayu tidak boleh lari daripada tarian. Melayu tidak boleh lari daripada kebaya. Melayu tidak boleh renggang dengan songkok, biarpun hendak pergi berlaga ayam. Melayu tidak boleh 'miss' dengan cendul, biar pun 'miss' duduk saf pertama semasa solat Jumaat, asalkan jangan 'miss' cendul.

Melayu tidak boleh 'miss' berarak MaulidirRasul, Melayu tidak boleh keluar kampong kalau tidak boleh bermarhaban, jangan keluar kampong kalau tak hafal tahlil.

Kalau tidak khatam Al-Quran? Oh itu tak mengapa, bila hendak bernikah 'esok' boleh buat majlis khatam Al-Quran (walaupun tak khatam).

Melayu tidak boleh 'miss' bubur Asyura. Jangan tidak buat moreh, begitu juga biarpun solat Isyak di rumah jangan sesekali 'miss' solat terawih.

Melayu akan layu jika tidak berhibur. Maka diadakan malam menyambut tahun baru. Melayu juga sibuk menyambut hari ibu, kononnya orang melayu sayangkan ibu. Melayu juga tidak ketinggalan menyambut hari kekasih dan banyaklah yang ter'korban' kasih.

Wednesday, February 17, 2010

PM Mesra Orang Muda

PM ingin tahu idea orang muda - Utusan Al Amin



Ini Bukan Orang Muda, Ini semua Tua Ganyut



Ini Semua Muda Belia, KJ sahaja yang tua




PUTRAJAYA 17 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Pemuda UMNO menganjurkan pertemuan dengan golongan muda di seluruh negara bagi mengetahui harapan mereka terhadap kerajaan.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, Perdana Menteri juga mahu satu makmal khas yang menyerupai makmal Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) ditubuhkan untuk mencapai tujuan tersebut.

"Perdana Menteri mengulangi pendirian bahawa zaman kerajaan tahu segala-galanya telah tamat, kita perlu kumpulkan idea mengenai harapan dan permintaan orang muda.



Orang Muda ialah yang berani turun ke jalan mempertahankan yang haq

Orang muda ialah orang paling sanggup bermandi peluh berdiri tengah panas untuk melaungkan slogan perubahan

Orang muda bukan orang yang asek bermesyuarat dalam bangunan 'air-cond' saja

Kalau yang berhormat nak tahu harapan dan permintaan orang muda, jom sama2 turun ke jalan dan dengar sendiri

Usaha Bijak Kerajaan Memperkenalkan Malaysia Ke Mata Dunia

Malaysia sertai pameran mudah rosak - Utusan Al Amin


Jangan Salahkan Kerajaan. Salahkan Ultraman. Lawan la dlm 'ring', bukan dkt tmpt org main bola



DUBAI 17 Feb. - Malaysia adalah 18 negara yang akan mengambil bahagian dalam pameran bahan mudah rosak, World of Perishables (WOP) Dubai yang disebut-sebut sebagai satu-satunya pameran perdagangan di Timur Tengah yang dikhaskan bagi buah-buahan dan sayur-sayuran, bulan depan.

Menurut penganjur, pameran pada 8-10 Mac itu akan mengetengahkan 85 pempamer dan tujuh astaka negara yang ditampilkan oleh China, Mexico, Tanzania, Mesir, Jordan, Kenya dan Malaysia.

WOP akan berlangsung serentak dengan Ekspo Pokok Antarabangsa Timur Tengah, yang menampilkan pempamer antarabangsa dari bidang bunga-bungaan, pokok, teknologi, perniagaan bunga, promosi jualan, penyenggaraan pokok dan logistik.




Bagus,terbaik, sepatutnya lama dulu lagi Malaysia dah masuk pameran ni

Bijak, bernas idea tu. Siapa lah yang mula2 buat agaknya..

Malaysia sepatutnya jadi peserta tetap

Tuesday, February 16, 2010

Berjimat Cermat - Jangan Hanya Retorik Politik

Berjimat cermat amalan mulia. Kita dididik begitu sejak kecil. Mungkin ramai yang masih ingat iklan tentang seorang budak yang rajin menyimpan duit ke dalam tabung buluh.

Bagus. Berjimat itu amalan baik.

Malaysia ialah negara kaya. Itu dapat dilihat pada kayanya Malaysia dengan hasil mahsul buminya. Orang kaya selalunya jarang yang kita jumpa pandai berjimat. Mereka hanya berjimat bila hampir lingkup atau gulung tikar. Tapi, kerajaan Malaysia tidak begitu. Saya tahulah, jangan banyak soal.

Mutakhir ini kita lihat yang kerajaan sedang berusaha menjimatkan wang negara. Bil utility untuk pendidikan telah dipotong. Sekolah di mana tempat ayah saya mengajar telah mengeluarkan arahan, kipas hanya dibenarkan untuk dibuka jam 9.40 pagi. Guru-guru yang berkursus hanya akan makan nasi bungkus saja.

Pelajar di asrama disarankan balik pada hujung minggu bagi menjimatkan biaya makanan. (seronok bagi yang rumah dekat.)

Semua ini ialah langkah berjimat, satu amalan yang terpuji.

Mereka yang sedang berjimat sangat menjaga akan hal ehwal pengurursan wangnya. Kalau dulu mereka makan di Hotel 5 star, sekarang mungkin di warung. Kalau dulu gelang emasnya berkoyan-koyan, sekarang gelang magnet pun jadilah.

Kalaulah seseorang itu dikatakan sedang berjimat, tetapi masih lagi berani cuba-cuba makan di Concorde Hotel, ambil set buffet, maka itu dikatakan ‘TAK SEDAR DIRI’.

Malaysia dalam keadaan berjimat, tetapi masih berani melabur dalam Lotus F1. Ini pelik.

Tambah pelik apabila golongan yang menjadi sasaran penjimatan berganda ini ialh golongan guru dan sector pendidikan. Makan nasi bungkus?

Kalau guru-guru perlu makan nasi bungkus, maka meja-meja VIP pun perlu makan nasi bungkus.

Saya teringat cerita ayah mengenai Almarhum Sultan Johor. Bagaimana beliau telah menghalau para VIP yang sudah siap duduk di meja VIP. Kemudian beliau memanggil orang-orang tua yang duduk di meja belakang. Kata beliau, “ Bangun! Panggil orang tua di belakang sana duduk di sini. Kamu semua dah biasa makan sedap!”.

KERIS membela Islam - Saya kagum

Usaha lenyapkan pengaruh Melayu - Utusan

PULAU PINANG 16 Feb. - Pembatalan perarakan Maulidur Rasul oleh kerajaan negeri dipercayai cubaan Ketua Menteri, Lim Guan Eng untuk melenyapkan pengaruh orang Melayu secara halus dan perlahan-lahan di negeri ini.

Setiausaha Kelab Warisan Malaysia Pulau Pinang (Keris), Azman Hassan berkata, sambutan program keagamaan di kawasan tertutup jika dijadikan amalan biasa lama-kelamaan akan melemahkan syiar Islam tanpa disedari.

"Guan Eng secara halus dan perlahan-lahan cuba untuk menafikan Islam di Pulau Pinang.

"Dia (Guan Eng) mahu program agama Islam dibuat secara tertutup. Dia cuba tiru seperti Singapura," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Jumaat lalu, Utusan Malaysia melaporkan pendedahan Sekretariat Perhimpunan Melayu Pulau Pinang mengenai pembatalan perarakan sempena Maulidur Rasul oleh kerajaan negeri tetapi diteruskan dengan perhimpunan ummah di Dewan Sri Pinang.


Minta maaf banyak2 en Azman Hassan.

Saya tak penah dengar name ni.. Ape tadi? Keris?

Banyak sangat la En Azman, tak larat nak menghafal semua.

Bagus la En Azman. Mempertahankan Islam. Bagus, saya kagum.



Jangan jadi Mcm Abu Lahab dan Abu Jahal sudahlah. Sambut Maulud Nabi tapi lawan Sunnah Nabi.

Jangan Campur Urusan Kamik -( whoooaaa..marah nampak.).

Perkasa to protest ‘Australian interference’ tomorrow - mALAysianInsider

KUALA LUMPUR, Feb 16 — Perkasa is furthering its cause to defend Malay rights by sending a protest note to the Australian High Commission tomorrow over Australian MPs asking Malaysia to drop Datuk Seri Anwar Ibrahim’s sodomy charges.

The Malay rights group’s Wira wing chief Arman Azha Abu Hanifah confirmed they will send the protest note over the Australian MPs' move.

“All Malay Muslims who love and care about the country’s sovereignty are also invited to come,” a statement on the group’s website said.

“We are doing this because we are not satisfied with outsiders wanting to interfere with the on-going sodomy trial of Datuk Seri Anwar Ibrahim. Let the courts in this country decide, outside interference may affect the outcome of the trial,” Azman told The Malaysian Insider.

He was referring to the formal protest by 50 Australian MPs urging Malaysia to drop the sodomy case against Parti Keadilan Rakyat’s de facto leader.

Anwar has been charged of sodomising his former aide Mohd Saiful Bukhari Azlan. If convicted, it may signal an end to Anwar’s political career.

Arman also took the opportunity to hit out at Umno for wanting to take part in the protest and claim bragging rights to it.

“We had made an announcement on Sunday regarding this handing over of memorandum of protest, and now Umno suddenly wants to do the same.



-Apa kes?

Kenapa marah dengan MP Australia?

Oh...Tak boleh campur tangan...

Betul..betul..

Macamana dengan akhbar media yang nampaknya bukan takat campur tangan, tapi nampak macam dah jadi hakim..

Tak nampak ka?

Kuman dekat Australia boleh nampak, Bigfoot kat Malaysia tak nampak-nampak

Maulud Sekali Setahun, Rasuah Tiap-tiap Hari

Tok Pa: Kenyataan Nik Aziz kompromi politik - Malaysiakini

Umno Kelantan menyifatkan kenyataan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkenaan sambutan Maulidur Rasul baru-baru ini adalah kompromi demi politik.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata ini kerana tidak sewajarnya kenyataan sedemikian keluar daripada mulut seorang tokoh ulama.

"Umno Kelantan dukacita dengan kenyataan Nik Aziz kerana Maulidur Rasul telah menjadi amalan di negara ini.

"Beliau sanggup mengatakan tiada fadilat dalam sambutan itu semata-mata atas kehendak politik DAP dan membelakangkan amalan yang dibuat di negara kita, sambutan itu bukan sahaja diamalkan di negara kita malah ianya juga diamalkan dinegara-negara Islam lain," katanya kepada pemberita selepas bertemu dengan pemimpin Umno Bahagian Kubang Kerian, di Kota Bharu hari ini.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang antara lain dilaporkan sebagai berkata bulan 'Maulud' tidak mempunyai fadilat atau sebarang kelebihan berbanding bulan Ramadan.

Kenyataan Mursyidul Am PAS itu menimbulkan kontroversi memandangkan kerajaan Pulau Pinang yang diteraju DAP iaitu sekutu PAS dalam pakatan pembangkang sebelum ini dikecam kerana didakwa membatalkan perarakan sambutan Maulidur Rasuldi negeri tersebut. DAP bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.

Mengulas lanjut, Mustapa berkata kenyataan Nik Abdul Aziz itu juga
memperkecil-kecilkan sambutan Maulidur Rasul yang telah sekian lama diamalkan di negara ini.

"Saya yakin umat Islam tidak setuju dengan pandangan (Nik Aziz) ini," katanya.

- Bernama




Tok Pa kata dia yakin.

Memang patut Tok Pa yakin.

Sebab ramai orang Islam di Malaysia ini yang memang percaya mati-mati dengan Utusan.

Tak ramai yang suka berfikir dan buat analisis yang lebih adil dan tidak berpihak.

Maulud Nabi buat besar-besaran, Sunnah Nabi pun Besar-besaran Kita Tinggalkan

Kedai Baru

Selamat.

Ini kedai baru aku.

Datanglah bila senang

Kalau tak senang pun boleh datang.

Cuba lah senang-senangkan diri dengan aku yang memang perasan 'kool'.

Tak puas hati, boleh kritik.