Wednesday, September 28, 2011

Pengkelasan Luar Sedar

Pengkelasan masyrakat kepada kelas-kelas dan kasta-kasta nya yang tersendiri, tidak berlaku pada keadaan yang jelas sepertimana pengkastaan tradisional yang berlaku dahulu.

Akan tetapi, kita dikastakan dalam keadaan tidak kita menyedarinya. Kita disisihkan dalam arus pengagihan kekayaan dunia dalam keadaan kita tidak sedar.

Apakah yang menyebabkan berlakunya pengkastaan luar sedar ini? Mengapakah ia dirancang untuk berlaku? Siapa yang merancang?

Manusia menyedari bahawa kekayaan dunia ini adalah terlalu banyak . Segala lohong, segala inci, dan setiap ruang yang wujud di alam ini mempunyai kekayaannya sendiri. Sama ada ianya diambil dengan berhemah dan cermat, atau dengan penuh rakus serta merosakkan, adalah perkara penting yang akan kita bincangkan di lain tulisan. Akan tetapi, pokoknya begitulah cara kapitalis memandang sesuatu perkara. Duit di mana-mana. Agama pun adalah jalan membuat duit. Pendeknya, harta dunia ini terlalu banyak!

Walaupun ia terlalu banyak, manusia mahukan ia hanya untuk dirinya sahaja. Namun, mustahil untuk mengangkut harta yang berkoyan koyan itu secara individu, memandangkan keupayaan insan yang terbatas. Kecuali kalau harta itu dalam bentuk cincin berjuta yang boleh dibawa seorang. Yang itu memang boleh diangkut secara berseorangan, dengan syarat jari yang menyarung itu muat dengan cincin.

Lalu manusia mula belajar untuk bekerjasama dalam memunggah kekayaan yang banyak itu. Akan tetapi, manusia jarang belajar, atau sengaja malas mahu belajar, bahawa untuk mengagihkan kekayaan itu, juga memerlukan kerjasama.

Manusia walaupun boleh bersama untuk memungut harta, namun tidak pernah mahu bersama dalam menikmati harta.

Apabila itu berlaku, maka timbullah apa yang dikatakan sebagai eksploitasi. Yang bekerja memungut segala kekayaan itu ramai, namun yang menikmatinya hanya sedikit. Tambah melampau, golongan yang ramai itu berusah payah bermandi peluh dan keringat, sedang golongan yang sedikit itu kerjanya hanya menjadi orang tengah. Mungkin akan ada yang berhujah mengatakan bahawa pihak yang sedikit itu lebih berat kerjanya kerana terpakasa menggunakan otak dan fikiran untuk strategi perniagaan. Ini nanti kita jawab di hujung siri tulisan ini.

Dengan mengeksploitasi, ada pihak yang digunakan, dan ada pihak yang dipergunakan. Selalunya, pihak yang digunakan tidak akan mengetahui bahawa mereka telah pun dipergunakan. Tidaklah mereka menyedari bahawa mereka telah dijadikan alat oleh pihak pengeksploitasi.

Yang menyebabkan berlakunya keadaan sedemikian adalah kerana pengeksploitasi telah meletakkan satu konsep yang akhirnya telah diimani oleh pekerja (baca: alat) mereka iatu konsep bergantung harap. Para pekerja ini telah ditanamkan bahawa mereka memerlukan bos mereka, bukan bos memerlukan pekerja. Lebih-lebih lagi di zaman sukarnya untuk mendapat pekerjaan.

Akhirnya, dari situlah munculnya pengkastaan. Kasta wujud kerana adanya pihak yg bergantung dan adanya pihak yg menjadi tempat bergantung. Kasta bawah memerlukan kasta di atas. Pewujudan kasta bukanlah kerna kemuliaan keturunan darah diraja atau sebagainya. Semua cakap mengatakan darah si polan lebih mulia dari si polan, atau oeturunan dia asal dari pari pari kayangan dan sebagainya hanyalah aji no moto penambah perasa pada hakikat yg sebenarnya. Semua itu hanyalah untuk memberi kerasionalan.  Hakikat yg sebenarnya ialah kebergantungan ekonomi anatara satu pihak kepada pihak yang lainlah yg menyebabkan kwujudan kasta ini.

Begitulah apa yg berlaku. Kaum pekerja misalnya, memerlukan tauke2 untuj mengambil mereka bekerja. Tauke memerlukan yang berhormat dan datuk seri untuk memberi mereka kontrak. Datuk seri memerlukan golingan diraja untuk menjamin harta mereka. Siapa melawan nanti termakan tulah.

Dari situ sudah jelas faktor kewujudan kasta-kasta itu terjadi adalah kerana pergantungan ekonomi antara satu lapis dengan lapis yang lain. Yang bawah mengharapkan yang atas. Benda ini akan berterusan kerana pihak pada lapis atas itu mempnyai kekuatan ekonomi, untuk kalaupun tidak dapat menutup mulut golongan-golongan penentang dari kelas bawahan yang mulai sedar mereka telah dieksploitasi, sekurang-kurangnya dapat menghalang mereka dari berdemo atau melancarkan pemberontakan bagi menuntut penagihan harta alam yang lebih adil dan saksama. Setakat mereka marah-marah manja itu tidak mengapalah, boleh diibiarkan. Diberi gaji nanti senyaplah sekejap, kemudian bising kembali (selepas wang habis membayar semua hutang bank), kemudian senyap balik selepas mendapat gaji seterusnya.


bersambung....









Saturday, September 17, 2011

Teratak Yang Terbiar

Maaf kalau2 sesiapa yang ada datang menjenguk ke teratak usang ini mendapati penghuninya sudah lama tidak mengemaskan ia.

Bunga di taman layu tak bersiram,
Lantai usang penuh berhabuk,
Rumput dan lalang bertanding tinggi,
Ayam di reban makan tanah

Adapun tuan punya teratak ini sedang dalam keadaan sibuk yang amat. Sekarang ini sedang out station, lebih kurang begitulah konon-kononnya.

Nanti bila sudah selesai semua urusan seminar dan case presentation yang berlambak itu, tuan rumah akan pulang dan anjurkan 'rumah terbuka' dengan juadah berupa artikel2 yang bermacam. Juadah kuih-kuih 'artikel' itu sudah ada bahan-bahannya, sudah dimasuk dalam acuan, cuma tak sempat hendak dibakar sahaja.

Nanti kalau si tuan rumah sudah balik dan buat jemputannya, janganlah malas-malas hendak datang ke teratak blog ini ya?

Salam sayang, from Selayang with love