Saturday, September 17, 2011

Teratak Yang Terbiar

Maaf kalau2 sesiapa yang ada datang menjenguk ke teratak usang ini mendapati penghuninya sudah lama tidak mengemaskan ia.

Bunga di taman layu tak bersiram,
Lantai usang penuh berhabuk,
Rumput dan lalang bertanding tinggi,
Ayam di reban makan tanah

Adapun tuan punya teratak ini sedang dalam keadaan sibuk yang amat. Sekarang ini sedang out station, lebih kurang begitulah konon-kononnya.

Nanti bila sudah selesai semua urusan seminar dan case presentation yang berlambak itu, tuan rumah akan pulang dan anjurkan 'rumah terbuka' dengan juadah berupa artikel2 yang bermacam. Juadah kuih-kuih 'artikel' itu sudah ada bahan-bahannya, sudah dimasuk dalam acuan, cuma tak sempat hendak dibakar sahaja.

Nanti kalau si tuan rumah sudah balik dan buat jemputannya, janganlah malas-malas hendak datang ke teratak blog ini ya?

Salam sayang, from Selayang with love



2 comments:

  1. semoga Allah permudahkan segala urusan...

    apa pun yang paling kesian,
    ayam di reban makan tanah
    mungkin lain kali pintu reban tu blh dibuka
    biar ayam-ayam tu blh cari makan di luar

    ReplyDelete
  2. ayam2 ini kalau dibiar keluar nanti merayau-rayau dia, dicuri musang pula nanti

    ReplyDelete