Monday, March 1, 2010

Kesian! Ramai yang mandulll...


‘MANDUL’ itu perkataan sensitif. Sebab itu saya takut-takut sewaktu menulis tentang ‘MANDUL’ ini. Percayalah, telah pun wujud usaha untuk menjayakan satu projek yang dinakaman Projek PEMANDULAN.

Jangan silap dan terus menghentam saya sehinggalah anda habis membaca tulisan ini. Projek memandulkan orang yang saya katakan ini ialah Projek Memandulkan Minda. Projek ini sudah lama wujud. Projek ini sudah lama dimulakan dengan kepalanya atau taikonya ialah media.

Kasihan betul orang muda sekarang! Muda-muda lagi sudah mandul…errr..mandul mindanya. Sedar atau tidak ramai antara kita sudah hilang kemampuan berfikir. Yang difikirkan dan dingat sehari-hari hanya makan, minum, kahwin, tidur.

Apa itu kemampuan berfikir? Ianya ialah kebolehan untuk menganalisa dengan kritis dan tidak cepat membuat kesimpulan berat sebelah. Kerana itulah saya katakan Projek Pemandulan Minda ini taikonya ialah media. Ini kerana, pihak media telah sekian lamanya menyajikan kepada warga termasuk anak muda berita-berita yang terlalu berat sebelah dan yang memang ketara tiada kualiti.

Ini termasuklah ruang gossip artis. Beritanya pula sama saja. Balik-balik cerai, rujuk balik, cerai balik, ehhh, rujuk balik. Macamnya main-main pula. (saya minta maaf awal-awal dengan murai.com). Berita seperti ini tidak mengajar kita berfikir.

Orang muda yang memang secara natijahnya mempunyai akal yang lebih segar dan lebih terbuka, seharusnya bijak dalam menilai sebarang bentuk info atau maklumat. Kita perlu tahu apa yang seharusnya dibenarkan masuk ke dalam kepala lutut, opsss, kepala otak kita. Saya ini bukan sekadar menasihat tuan-tuan pembaca sekalian, adapun nasihat saya ini turut ditujukan pada diri sendiri yang tidak berapa lengkap ini.

Setelah masuk ke dalam otak atau CNS system seperti yang dikatakan oleh bro dan sis pelajar perubatan, mereka perlu pula bijak untuk MENGANALISA maklumat itu. Maka di sinilah peranan akal itu sangatlah berguna. Akal yang sihat dan berciri insaniah, sewaktu membaca berita, atau menerima sesuatu input, akan berfikir dan bertanya,”Apa sebenarnya kesannya?”, “Apa yang akan berlaku kalau perkara ini diteruskan?” dan bermacam-macam lagi persoalan yang memerlukan akal untuk berfikir secara maksimumnya.

Kita jangan jadi golongan yang tangkap muat. Tidak patut juga kita jadi seperti golongan yang mengikut membabi buta atau bertaqlid buta itu.

Itulah gunanya akal. Itulah yang sepatutnya dilakukan oleh makhluk bernama insan. Jika tidak, jadilah kita hanya seperti haiwan, yang brbuat kerja tanpa berfikir. Di suruh makan dia makan. Di suruh duduk dia duduk (ini sesuai untuk binatang bernama anjing. Sit doggy, sit).

Malah haiwan akan melawan kalau tidak diberi makan. Mereka pun pandai bangun memberontak. Tetapi, orang yang telah dimandulkan akalnya hanya pandai bernyanyi, “Kini aku pasrah…dengan segalanya..” nyanyian Erra Fazira itu. Sekalipun harta mereka dirompak saban hari secara senyap oleh system kapitalis yang diamalkan di negara kita, mereka tidak akan melawan sebaliknya lebih selesa duduk di kedai kopi sambil menunggu mati.

Asal cukup makan sudahlahhh….

Asal depa tak kacau hidup aku laki bini sudahlahh.. (saya tak termasuk dalam golongan ini, pasal saya bujang lagi)

1 comment:

  1. btul-btul...
    disebabkan terlalu byak cite pasal hiburan ni menyebabkan masyarakat skrang malas nak berfikir.. yg diorang thu artis ni bercerai artis tu kahwin..
    and lgi satu bila org yg berilmu cakap sikit perkara yang menyentuh sensitiviti masing2 kita cepat melenting dan judge tanpa mengambil kira orang yg beri pandgan tu sebenarnya lebih tahu dri kita..

    ReplyDelete