Monday, March 29, 2010

Sempena Mesyuarat Agung PERKASA - Ini artikel ulang tayang

saya ulang tayang balik artikel ini, bersempena Mesyuarat Agung PERKASA baru-baru ini. Diharap baca sampai habis, untuk mengelakkan salah faham. Bukan baca separuh, kemudian terus buat kesimpulan. kalau baca separuh, lain kali saya tulis separuh-separuh saja, kahkahkah.


13 Mei satu tarikh yang sangat memeritkan dalam sejarah di Malaysia. Tarikh ini sangat sensitive sehinggakan ia menjadi satu ‘taboo’ bagi kita untuk membincangkannya secara terbuka. Bukan apa, Cuma bimbangkan luka lama berdarah kembali.

Bagi sesiapa yang tidak tahu, atau mungkin terlupa, atau mungkin tidak pernah belajar subjek Sejarah di sekolah menengah sebelum ini, 13 Mei ialah peristiwa di mana berlakunya rusuhan dan hura-hara antara Kaum yang menyebabkan darurat diisytihar di seluruh Malaysia. Dan, peristiwa ini juga menjadi penyebab kepada terpisahnya Singapura dari gagasan Malaysia.

Rusuhan kaum ini merupakan satu titik hitam yang kotor serta membusukkan sejarah negara. Ianya merupakan satu hasil dari perjuangan – perjuangan assabiyah yang tidak sudah-sudah. Sikap Assabiyah merupakan satu tragedy kepada peradaban manusia. Masyarakat Arab pernah berperang sesama sendiri berpuluh-puluh tahun kerana sikap ini. Orang-orang di India sampai sekarang tidak aman-aman kerana berjuang mempertahankan kasta-kasta rekaan mereka sendiri.

Di Malaysia, sikap ini menyebabkan orang Melayu sering meragui kejujuran orang Cina dan Orang Cina sering kali mempunyai impresi yang buruk tentang msyarakat Melayu.Dan kadang kala, sikap ini bukan hanya timbul di kalangan dua bangsa yang berbeza. Ia juga boleh lahir atas sebab perbezaan negara.

Pernah dengar cerita tentang seorang pengadil karate Indonesia yang dibelasah oleh polis Malaysia hingga menyebabkan berlakunya rusuhan oleh sebilangan rakyat Indonesia? Kononnya rakyat di Malaysia ganas dan bermacam-macam lagi tohmahan mereka lemparkan. Kalaulah pengadil karate itu datang dari Jordan atau Uganda atau Nigeria, adakah mereka akan melakukan demonstarsi membela seperti yang mereka lakukan sebelum ini? Tidak, sama sekali tidak.

Atau, kisah Mubarak Si Pengkhianat yang tidak menghiraukan nasib rakyat Arab di Palestin yang diganyang habis-habisan di sana? Dengan alasan agenda di Mesir sama sekali tiada kaitan dengan yang di seberang sana.

Ini semua manifestasi dari sikap Assabiyah itu. Apakah sikap Assabiyah ini sebenarynya? Assabiyah merupakan satu sikap di mana para pemuja dan pengamalnya sanggup bertikam lidah, bermusuh, malahan sanggup berperang untuk menjadikan kaumnya berada di atas kaum yang lain. Jadi, jika selepas ini kita terdengar, atau terbaca di dada-dada akhbar tentang ‘Perkauman’, maka itulah Assabiyah.

Secara mudahnya saya katakan, Perkauman @ Perjuaangan bermotifkan kebangsaan merupakan Assabiyah.

Perjuangan yang berteraskan kebangsaan atau assabiyah merupakan satu perjuangan yang sangat sempit lagi tidak mendatangkan penyelesain. Setiap bangsa ingin membuktikan bahawa bangsa mereka yang terbaik atau lebih ‘Superior’ dari yang lain.

Kerana itulah Nabi Muhammad SAW melaungkan seruan Islam. Islam untuk semua. Itulah yang Nabi kita seru dan laungkan pada ketika itu. Seorang Cina boleh jadi Islam. Begitu juga India. Akan tetapi Cina tidak boleh jadi Melayu dan Melayu tidak boleh jadi Cina.

Nabi tidak melaungkan seruan kebangsaan walaupun Baginda sedar yang bangsa Arab telah ditindas dengan teruk oleh Yahudi di tanah mereka sendiri iatu Tanah Arab. Nabi tidak menyeru bangsa Arab agar bersatu untu berjuang bermatian-matian agar hak mereka di tanah Arab terjamin. Demi Allah, tidak sekali pun pernah Nabi serukannya! Seseorang itu sama sekali tidak bisa memilih untuk dilahirkan dalam bangsa apa. Dan bangsa ini bersifat ‘permanent’, iani kekal.

Anda Melayu, maka sampai kiamat pun tetap Melayu.

Seorang Melayu akan nampak bodoh jika berusaha memakai pakaian Barat atau bercakap dengan ‘slang’ Mat Saleh hanya kerana untuk nampak seperti ‘English Man’. Seorang India akan nampak menakutkan lagi mengerikan jika memakai bedak dengan tebal semata-mata ingin kelihatan seperti Orang Cina.

Maka di situ hadirlah Islam sebagai wadah penyatuan.

Dalam Islam setiap bangsa adalah sama dan yang membezakan antara mereka ialah Takwa. Seorang Arab tiada kelebihan atas seorang Melayu dan begitu juga sebaliknya. Suka ingin saya ingatkan bahawa tulisan saya ini bukannya bermaksud saya ini seorang yang tidak prihatin akan nasib bangsa Melayu atau seorang yang anti perjuangan Melayu. Kata orang, tak patriotiklah! Tidak, sama sekali tidak. Demi Allah. Bodohlah saya jika bersikap begitu kerana saya dilahirkan sebagai Melayu. Mak dan Ayah saya Melayu. Kawan-kawan saya pun ramai Melayu. Mana mungkin saya membenci rumpun bangsa saya sendiri?Malah, Islam sangat menyukai sikap membantu saudara seBangsa.

Apa yang ingin saya katakan di sini ialah sesuatu bangsa itu hanya akan menjadi mulia jika ia memperjuangkan Islam. Bangsa itu tidak akan menjadi mulia sampai bila-bila jika meneruskan prinsip perjuangan kebangsaan.

Mulianya Arab dahulu kerana mereka memperjuangkan Islam bukannya kerana mereka sibuk melaungkan slogan untuk memartabatkan orang Arab. Hinanya mereka sekarang kerana tidak lagi berpegang pada Islam sebaliknya menegakkan perjuangan ala Assabiyah.

Jadi, jika Melayu ingin jadi bangsa yang mulia, maka angkatlah Islam sebagai wadah perjuangan.

Bukannya sibuk dengan agenda menjadikan Melayu kembali unggul di Nusantara. Jika bangsa Melayu itu memperjuangkan Islam, maka dengan sendirinya bangsanya akan menjadi hebat dan mulia. Itu hakikatnya!

Mari renung sejenak apa yang berlaku sewaktu kejatuhan Uthmaniah. Tentera-tentera Pembebasan Arab telah memainkan peranan yang penting dalam menumbangkan kerajaan Islam agung itu. Mereka telah melaungkan slogan-slogan yang menaikkan semangat orang Arab untuk berjuang bagi bangsa mereka. Kata mereka, orang Arab lebih mulia dan lebih berhak memerintah tanah suci Makkah berbanding orang Turki. Orang Arab lebih berhak ke atas tanah Arab kerana mereka penduduk asal di situ. Padahal, bukankah orang Turki itupun orang islam dan mempunyai hak juga ke atas bumi itu?

Di akhirnya kita lihat bagaimana kerajaan Uthmaniah tumbang disebabkan dua gerakan Assabiyah. Satu di Turki di bawah pimpinan Mustafa Kemal Yang Terkutuk dan satu lagi di Arab Saudi pimpinan Syed Faisal si Tali Barut British!


*ketuanan Islam atau Ketuanan Melayu. Kalian pilih yang mana?

No comments:

Post a Comment