Thursday, February 18, 2010

INI PUKULAN MAUT UNTUK ORANG YANG GUNA NAMA NABI - Kalau bodoh, jangan la tnjuk kita bodoh

Minah ini sedang berarak, bukan sedang membeli arak



Maulidur Rasul: Tiada perarakan di Johor, Pahang, Perlis


Johor, Pahang dan Perlis tidak akan mengadakan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini, umumnya kerana ia tidak dituntut oleh Islam.

Di Pahang, negeri itu hanya akan mengadakan satu ceramah di auditorium RTM Kuantan, tanpa perarakan besar seperti yang diadakan beberapa tahun lalu, kata pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, Datuk Abdul Manan Abdul Rahman.

"Kita tidak buat perarakan, tapi sambutan dalam bentuk ceramah sahaja. Seingat saya kita cuma pernah adakan perarakan sekali saja pada tahun 2008, yang lain lebih banyak kita adakan ceramah," kata Abdul Manan ketika dihubungi.

Jelasnya, keputusan untuk tidak mengadakan perarakan Maulidur Rasul tahun ini diambil setelah mengambil kira keselesaan orang ramai yang akan hadir dan tidak melibatkan hukum ke atas penganjuran perarakan.

TERUSKAN BACA DI MALAYSIAKINI - Copy pnjng2 nti org mls baca





iNI DARI HARAKAHDAILY:



Melayu tidak boleh lari daripada tarian. Melayu tidak boleh lari daripada kebaya. Melayu tidak boleh renggang dengan songkok, biarpun hendak pergi berlaga ayam. Melayu tidak boleh 'miss' dengan cendul, biar pun 'miss' duduk saf pertama semasa solat Jumaat, asalkan jangan 'miss' cendul.

Melayu tidak boleh 'miss' berarak MaulidirRasul, Melayu tidak boleh keluar kampong kalau tidak boleh bermarhaban, jangan keluar kampong kalau tak hafal tahlil.

Kalau tidak khatam Al-Quran? Oh itu tak mengapa, bila hendak bernikah 'esok' boleh buat majlis khatam Al-Quran (walaupun tak khatam).

Melayu tidak boleh 'miss' bubur Asyura. Jangan tidak buat moreh, begitu juga biarpun solat Isyak di rumah jangan sesekali 'miss' solat terawih.

Melayu akan layu jika tidak berhibur. Maka diadakan malam menyambut tahun baru. Melayu juga sibuk menyambut hari ibu, kononnya orang melayu sayangkan ibu. Melayu juga tidak ketinggalan menyambut hari kekasih dan banyaklah yang ter'korban' kasih.

4 comments:

  1. apes, aku tak dapat kata kuncinya. apa?

    ReplyDelete
  2. kate kunci ape? what keyword?

    ReplyDelete
  3. bukan, maksud aku apa isinya? aku xdapat relate tajuk dengan isi. *noob

    ReplyDelete
  4. mngunakan maulud nabi sebagai matlamat politik.

    kononnya mempertahankan islam lah.

    ini kes yang berlaku di pulau pinang. kerajaan p.pinang telah kononnya membatalkan perarakan maulud nabi.

    Wahai, tidaklah sama mempertahankan maulud nabi itu dengan mempertahankan Islam!

    ReplyDelete