Tuesday, February 16, 2010

KERIS membela Islam - Saya kagum

Usaha lenyapkan pengaruh Melayu - Utusan

PULAU PINANG 16 Feb. - Pembatalan perarakan Maulidur Rasul oleh kerajaan negeri dipercayai cubaan Ketua Menteri, Lim Guan Eng untuk melenyapkan pengaruh orang Melayu secara halus dan perlahan-lahan di negeri ini.

Setiausaha Kelab Warisan Malaysia Pulau Pinang (Keris), Azman Hassan berkata, sambutan program keagamaan di kawasan tertutup jika dijadikan amalan biasa lama-kelamaan akan melemahkan syiar Islam tanpa disedari.

"Guan Eng secara halus dan perlahan-lahan cuba untuk menafikan Islam di Pulau Pinang.

"Dia (Guan Eng) mahu program agama Islam dibuat secara tertutup. Dia cuba tiru seperti Singapura," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Jumaat lalu, Utusan Malaysia melaporkan pendedahan Sekretariat Perhimpunan Melayu Pulau Pinang mengenai pembatalan perarakan sempena Maulidur Rasul oleh kerajaan negeri tetapi diteruskan dengan perhimpunan ummah di Dewan Sri Pinang.


Minta maaf banyak2 en Azman Hassan.

Saya tak penah dengar name ni.. Ape tadi? Keris?

Banyak sangat la En Azman, tak larat nak menghafal semua.

Bagus la En Azman. Mempertahankan Islam. Bagus, saya kagum.



Jangan jadi Mcm Abu Lahab dan Abu Jahal sudahlah. Sambut Maulud Nabi tapi lawan Sunnah Nabi.

No comments:

Post a Comment