“When I give food to the poor, I am
called a saint. But when I asked why they are poor, then they called me a
troublemaker”
Kata-kata ini diucapkan Dom Helder
Camara, seorang arcbishop dari Brazil, penulis buku Spiral Of Violant, dan
pengasas Banco da Provi’dencia, sebuah pertubuhan yang memperjuangkan hak orang
miskin dan menentang ketidakadilan sosial.
Ianya sangat membawa makna, kerana
pada ungkapan itu adanya kritikan terhadapa bagaimana cara masyarakat kita
menyelesaikan permasalahan kemiskinan, dan dalam masa yang sama turut menyelar
mentaliti pengecut masyarakat dalam mendepani isu ini.
Kita memandang mulia kepada orang
yang memberi makan kepada para fakir miskin.
Mereka dermawan dan pemurah.
Kita marah dan memandang keji pula
pada orang yang memerjuangkan nasib golongan ini. Kita kata mereka pengacau,
tidak reti bersyukur atas keamanan negara, dan bermacam lagi kata kita
lemparkan.
Memberi dan memberi sahaja tidak
akan menyelesaikan permasalahan pokok yang menyebabkan kemiskinan. Permasalahan
akarnya yang harus kita selesaikan.
The Myth Of The Lazy Poor
Baru-baru ini, ada yang tampil berhujah mengatakan,, “Pokok kemiskinan
mereka ialah kerana mereka malas mahu mengubah diri sendiri. Kearjaan sudah
menyediakan bla bla bla belanjawan blab la bla usahawan bla bla bla pakej
rangsangan bla bla bla hand bag Birkin dan seterusnya..”
Benarkah mereka tidak mahu berubah?
Atau sebenarnya ada rantai pengikat yang menjerut leher dan segala sendi mereka
dari bergerak meninggalkan daerah kepapaan yang menderitakan itu?
Mari turun ke dunia realiti.
Tinggalkan sebentar segala penguguman, kempen kempen besar, dan ‘feel good
news’ yang dibawa oleh media massa. Kerana kemiskinan yang berlaku merupakan
masalah yang tidak seharusnya kita letakkan kesalahan sepenuhnya ke atas bahu
para fakir.
Saya serba salah untuk memandang
orang yang beranggapan sepeerti itu. Akan tetapi, kenyataanya ialah, pendapat
mereka itu saling tidak tumpah seperti apa yang Adolf Hitler, Darwin, Herbet Spencer,
dan beberapa filusuf songsang barat lain lakukan, dimana mereka cuba memberikan rasional
kezaliman ke atas golongan miskin sebagai sesuatu yang perlu. Agak kasar untuk
menyamakan pendapat mereka dengan pendapat sebahagian dari kita, akan tetapi
realitinya ialah begitu.
Mereka berpendapat bahawa
keberadaan golongan miskin, susah dan tidak berupaya merupakan manifestasi dari
kewujudan kita yang dianggap bermula dari binatang. Kehidupan binatang ialah
‘survival of the fittest’. Hanya yang kuat akan terus hidup. Bermakna sesiapa
yang tinggal selepas apa-apa peperangan, atau bencana alam dan sebagainya
adalah individu yang cukup kuat untuk hidup, dan telah pun dipilih melalui
‘natural selection’. Darwin memberi rasional teori itu dari segi sains. Spencer merasionalkannya dari sisi sosial. Manakala Hitler scuba merealisasikannya
melalui Perang Dunia ke 2. Rujuk ‘Western Civilization Condemned by Itself: Maryam
Jameelah’.
Sikap kita yang menyalahkan
golongan miskin kerana miskin seolah-olah merestui apa yang diteorikan oleh
nama nama yang disebut di atas. Menyalahkan mereka adalah seperti merestui
pendapat bahawa mereka lemah disebabkan
mereka ‘layak’ untuk lemah, maka seharusnya mereka menerima nasib kerana mereka
‘layak’ untuk menjadi miskin.
Mereka tidak cukup 'fit' untuk hidup dalam dunia yang harga barangnya semakin naik ini. Tak cukup kuat untuk 'survive' dalam dunia ini. Mereka seharusnya menyalahkan diri sendiri. Padan
muka kerana malas. Duduklah di situ dalam gebuk kemiskinan sambil menghidu
habuk kepapaan. Semuanya kerana kamu malas berusaha sedangkan kerajaan sudah
memberi bermacam-macam insentif!
Pendapat semacam ini turut sama dikongsi oleh para imperialis penjajah suatu ketika dahulu. Syed Hussein Al Attas dalam
bukunya ‘The Myth Of the Lazy Native’, telah menyelar pendapat yang semacam ini dari orientalis yang cuba merasionalkan tindakan mereka menjajah tanah kita.
Iya, kita tidak nafikan ada
sebenarnya mereka yang berperangai pemalas, maka kerana itu mereka miskin.
Namun majoriti daripada mereka yang terpenjara dalam kemiskinan ialah mereka
yang bekerja!
Majoriti yang miskin bukanlah yang duduk-duduk di rumah sambil
makan angin.
Si miskin itu ialah petani yang berpanas berhujan membanting tulang
dari pagi sampai ke petang di sawah ladang, untuk hanya kemudiannya terus kekal
papa dikala yang kaya ialah para peraih dan orang tengah!
Si miskin itu ialah
nelayan yang berhempas pulas melawan ombak di lautan, untuk hanya melihatkan
hasil tangkapan sudah semakin berkurangan kerana penggunaan pukat tunda oleh
cukong-cukong yang kebal undang-undang!
Si miskin itu ialah seorang bapa di kota yang terpaksa menghadapi
kesesakan lalu lintas untuk ke tempat kerja, sanggup ambil
‘overtime’ untuk wang tambahan, yang kemudiannya dibayar tidak setimpal dengan
titik peluh usahanya, kerana tiadanya akta gaji minima! Bising lebih-lebih,
orang asing ramai sahaja yang boleh gantikan tempatnya dengan gaji yang lebih
murah, bersekali dengan kelebihan warganegara untuk mengundi.
Mereka semua ini bukan pemalas!
Mereka dipaksa dan diasak untuk berhimpun di sudut kemiskinan. Leher mereka
dijerut, tercekik mereka tidak mampu bersuara. Tangan dan kaki serta segala
sendi dipasung dengan pelbagai akta yang tidak menguntungkan golongan yang
berhempas pulas, tetapi menguntungkan bos-bos besar yang kerjanya tidak
seberapa.
Tolonglah, mari kita berpijak pada
realiti. Mereka ini bukan lagi bekerja untuk hidup aman makmur. Mereka ini
sudah berada pada tahap terpaksa berjuang hanya untuk hidup. Teringat saya akan
lagu tema filem ‘Seniman Jalanan’,
Susah senang di kuala lumpur...
Dosa dan
pahala bercampur..
Tapi kita perlu hidup..Kita perlu terus hidup..
Saya kira untuk kita lebih memahami
keadaan dan situasi sebenar, sebuah buku tulisan Sasterawan rakyat yang baru pulang ke rahmatullah ramadhan lalu, Allahyarham Azizi Hj Abdullah, bertajuk ‘Mustadh’ifin Yang Tertindas’, adalah buku yang baik untuk kita telaah.
Kacau dan Mengacau
Setelah kita fahami tentang situasi
kemiskinan yang melanda, maka wajib kita menyelesaikan akar sebenar kepada
masalah ini.
Menderma memang baik. Akan tetapi sampai
bila?
Seperti yang dikatakan oleh Helder
Camara tadi, masyarakat kita sering sahaja memandang serong kepada orang yang
berjuang untuk menentang kemiskinan ini dari dasarnya.
Saya memandang ini berlaku kerana
percubaan para revolusioner untuk mengubah sistem yang menzalimi orang miskin
yang teraniaya ini telah secara tidak langsung
menggugat zon keselesaan mereka yang marah dan menentang ini.
Kenapa saya berkata begitu? Mari
saya berikan contoh situasi yang berlaku.
Kita tidak marah malah suka pada mereka
yang hanya menderma kerana tindakan mereka itu tidak menyusahkan kita.
Kita akan marah pada mereka yang
menentang kemisikinan secara berdepan dengan punca sebenarnya kerana kita
merasakan yang ianya akan mencetuskan huru hara. Akan ada FRU, water cannon,
demo dan sebagainya.
Sudah tentu ia akan mencetuskan
huru hara, kerana sikap berhadapan dengan punca sebenar kepada permasalahan ini
iatu sistem yang rosak, akan mempertemukan kita dengan pengawal kepada sistem
tersebut.
Siapa pengawalanya? Sudah tentu
mereka yang berkuasa membuat dasar / para penguasa / mustakbirin.
Pembuat dasar ini punyai hubungan
rapat dengan orang tengah pengaut untung petani. Para penguasa ini tidur
sebantal dengan para cukong yang
mempunyai syarikat perikanan secara pukat tunda.Mustakbirin ini bercumbuan
dengan syarikat-syarikat besar yang menganiaya pekerja mereka sendiri.
Mereka akan menjaga dan mengawal
kepentingan orang-orang yang disebutkan di atas itu tadi. Bagaimana caranya?
Ialah dengan membuat dasar-dasar yang menguntungkan para pemodal dan pemilik
yang tamak itu tadi. Sebagai balasannya, akan ada modal untuk kempen bagi
pemilihan penggal akan datang. Ini ialah satu rantaian pergantungan ekonomi yang merugikan majoriti manusia lain kerana hanya menguntungkan minoriti pemilik harta kekayaan. Rantaian ini akan mewujudkan apa yang dikatakan sebagai 'pengkelasan luar sedar'.(Baca artikel tulisan saya dahulu :
Pengkelasan Luar Sedar 1 dan
Pengkelasan Luar Sedar 2).
Segala pertentangan dengan penguasa
sudah tentu akan mencetuskan huru hara. Huru hara bukannya datang dari pihak
penentang, sebaliknya ia sengaja ditelurkan dan ditetaskan oleh pihak penguasa. Caranya dengan
menggunakan media untuk membuat heboh dan propaganda. Gunakan segala jalan yang
ada untuk mencetuskan keadaan kacau bilau dan sebagainya.
Apa yang dikesali ialah sikap
pengecut kita yang takut hendak bersusah sebentar untuk perjuangan. Setiap
penentangan terhadap kezaliman sememangnya akan mencetuskan keadaan susah, huru
hara, dan berbagai mehnah yang lain. Itu ialah sunnatullah perjuangan. Tiada
perjuangan yang kita akan menang dengan hanya jalan lenggang lenggang kangkong.
Pergaduhan memang akan berlaku. Perpecahan memang akan berlaku. Perseteruan
memang akan berlaku.
Dakwah Nabi Muhammad
mencetuskan perpecahan. Dakwah Nabi Muhammad mencetuskan pertumpahan darah.
Dakwah Nabi Muhammad mencetuskan permusuhan sesama sebangsa Arab.
Tetapi untuk
apa semua itu?
Semuanya untuk membebaskan bangsa Arab dari belenggu kezaliman sesama
manusia yang sedang mencengkan mereka waktu itu. (Baca artikel
Mari Berpecah ).
Pendek kata, huru hara dan sedikit
kesusahan itu perlu untuk pembebasan mutlak. Mereka-mereka yang tamak dan
selama ini mengumpul harta kekayaan dengan cara menindas, tidak akan semudah
itu melepaskan apa yang menjadi amalan mereka sejak berkurun lama. Tidak mungkin segala kenikmatan memperoleh harta dengan jalan mudah dan eksploitasi itu akan ditinggalkan dengan cara
diplomasi, memorandum dan marah-marah manja.
Jangan mimpi mereka akan menurut sahaja permintaan kaum yang tertindas.
Kalau kita hendak terus hidup
selesa, terus lena dalam utopia negara aman dan sebagainya, kita boleh terus
lakukan. Akan tetapi, hanya mereka yang buta sahaja yang tidak dapat melihat
akan kerosakan yang semakin menjadi-jadi di dalam negara ini. Bagi saya
insan-insan seperti ini ialah mereka yang tertipu dengan khayalan sendiri.
Seperti yang saya
katakan dahulu, orang-orang seperti ini mungkin hanya akan tersedar bila
negara ini sudah terjual, bila hendak mendapatkan sepinggan nasi RM 4
pun susah, maka waktu itu baru akan terjaga. Sekarang ini, mungkin
mereka belum merasa lagi bagaimana agaknya menjadi mangsa sistem.
ATAUPUN, mereka telahpun menjadi mangsa, namun, mereka khayal dan mabuk dengan pil
kemajuan yang datang dalam bentuk bangunan tinggi, litar lumba, dan
berbagai lagi kemajuan keduniaan yang mereka lihat.
Adalah menjadi
tanggungjawab kita, golongan mahasiswa untuk menyedarkan mereka dari
khayalan ini. Akan tetapi, adalah menyedihkan sekali bila melihat akan
kelesuan mahasiswa. Kalau dahulu mahasiswa gencar memperjuangkan nasib
masyarakat, tetapi sekarang, hendak memperjuangkan nasib mahasiswa
sendiri pun, kita sudah tidak mampu.
-Artikel ini boleh dikongsi untuk kita ramai-ramai bekerjasama mengacau. Selamat mengacau! -